Seramai 50 orang ahli telah dijemput untuk menyertai aktiviti berkuda yang diadakan di Denai Alam Recreational And Riding Club, Shah Alam. Program ini juga anjuran bersama Islamic Relief Malaysia.

Pada 8 hingga 9 Oktober 2016 iaitu Hari Sukan Negara 2016, kami seramai 50 orang telah berkampung di Kompleks Belia dan Sukan Kuantan, Pahang. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah perlawanan Futsal, pertandingan Boling, dan banyak lagi aktiviti yang telah dijalankan bertempat di Padang MPK 2 Kuantan, Pahang. Pihak persatuan ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang kerana telah menjemput kami untuk menyertai sambutan Hari Sukan Negara pada tahun ini.

Pada 28 Ogos 2016, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Pkokm mewakili persatuan, telah menziarahi Puan Sabariah Ujang di kediamannya, di Sungai Buloh, Selangor. Pihak persatuan ada memberikan sedikit sumbangan kepada beliau.