Projek terkini Kengkawanproject untuk tahun 2018.

Umrah Khas "Kembara Ilmu Sejuta Impian" bersama Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia mendapat kerjasama dari Persada Global Holidays @persadaglobalholidays.

Apa istimewanya program kali ini?

Antaranya; 
1. Umrah sambil menderma kepada Projek Bantulah Aku dan berpeluang mengenali ahli PKOKM @pkokmofficial dengan lebih dekat.
2. Program khas bersama Kengkawan Project di sana seperti Hadith Open Mic @hadithopenmic, Free Breakfast dll (jika diizinkan).
3. Dokumentari khas travelog umrah Bantulah Aku bersama Erwan Muhibbain @erwanmuhibbain.

Jadi tunggu apa lagi, jika ada yang berminat boleh hubungi no yang tertera di bawah:

Program & Aktiviti :
Saiful (010-5400911).
Faizal (012-3893663).
Pakej Umrah : Hotline Persada Global Holidays (012-9806949)

Atau boleh juga terus menyumbang ke

Tabung Projek Bantulah Aku :

Maybank : 514066523096

Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia.

Pihak pertubuhan telah mengadakan satu Kejohanan Tenpin Boling pada 25 hingga 26 November 2017, bertempat di Fantasy Bowl, Seri Kembangan, Selangor. Seramai 40 orang ahli telah menyertai kejohanan tersebut. Turut hadir adalah tetamu-tetamu jemputan dari Jabatan Belia dan Sukan, Aidijuma, Kengkawan Project. Untuk koleksi gambar penuh sila layari laman facebook kami di https://www.facebook.com/pg/orangkerdilmalaysia

Projek #BantulahAku anjuran Kengkawan Project bertujuan menubuhkan tabung khas untuk Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia yang mana projek pertama adalah impian untuk mengerjakan umrah pada tahun 2018.
 
Maybank : 514066523096
Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia

Pada 14 Oktober 2017, pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang telah menjemput persatuan untuk menyertai Hari Sukan Negara 2017 yang diadakan di Kuantan, Pahang. Sukan yang disediakan untuk persatuan adalah sukan Petanque dan Bowling. Seramai 40 ahli telah menyertai program tersebut.

Untuk melihat galeri penuh, boleh layari page facebook kami di
https://www.facebook.com/pg/orangkerdilmalaysia/photos/?tab=album&album_id=1566262456770347&ref=page_internal

Alhamdulillah, baru-baru ini kami telah mengadakan Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri bertempat di Kelab Sukan Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur. Majlis yang bermula pada jam 12 tengahari itu berjalan lancar dengan sambutan tetamu-tetamu jemputan dan ahli persatuan.